top of page
Search

Pelaburan Jangka Pendek dan Jangka Panjang

  • Writer: Dr Kewangan
    Dr Kewangan
  • Dec 12, 2021
  • 2 min read


Pelaburan adalah tempat untuk mengembangkan lagi duit kita. Pelaburan mempunyai objektif tersendiri. Anda wajib mempunyai objektif sebelum membuat sebarang pelaburan. Objektif pelaburan terbahagi kepada dua iaitu objektif jangka pendek dan jangka panjang. Objektif jangka pendek adalah seperti mengumpul deposit rumah, duit perkahwinan, dan sebangainya. Manakala bagi objektif jangka panjang adalah seperti duit untuk persaraan, duit pendidikan anak, duit pergi haji dan sebagainya. Oleh itu, anda harus pilih tempat pelaburan yang tepat untuk mencapai objektif anda tersebut.

Pelaburan Jangka Pendek

Pelaburan jangka pendek adalah pelaburan yang kurang daripada 10 tahun. Saya cadangkan, anda tidak melabur di tempat yang berisiko tinggi. Hal ini kerana, dalam tempoh 10 tahun ini, macam macam boleh berlaku. Jika ditakdirkan saham jatuh, ia memerlukan masa untuk pulih kembali. Sebagai contoh, jika anda melabur dalam saham yang berisiko tinggi, dan ditakdirkan saham jatuh, anda kemungkinan akan berhadapan dengan kerugian. Objektif jangka pendek anda juga mungkin tidak akan tercapai. Saya cadangkan, untuk jangka pendek, anda simpan sahaja dalam ASB, Tabung haji,unit trust yang berisiko sederhana dan lain lain. Anda juga digalakkan untuk membuat ASB Financing jika anda tahu cara untuk mendapat keuntungan. Saya akan buat posting yang berasingan berkaitan ASB Financing ini. Anda boleh sahaja hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan.

Pelaburan Jangka Panjang

Pelaburan jangka panjang adalah pelaburan yang lebih dari 10 tahun. Kebiasaannya, pelaburan ini bertujuan untuk simpanan hari persaraan, simpanan pendidikan anak dan lain-lain. Apabila anda melabur untuk jangka panjang, anda tidak boleh panik apabila harga saham jatuh dan anda tidak seharusnya menjual apabila pasaran kelihatan buruk. Pasaran sentiasa akan pulih daripada penurunan pada masa lalu, walaupun ia mungkin mengambil masa untuk berbuat demikian. Pelaburan jangka panjang juga ada yang berisiko tinggi dan berisiko rendah. Risiko tinggi menawarkan pulangan yang tinggi. Manakala risiko rendah, menawarkan pulangan yang rendah. Ianya terpulang kepada diri kita. Saya cadangkan, anda fahamkan setiap pelaburan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Untuk pelaburan jangka panjang, anda boleh melabur di unit trust(dana high risk), emas, ASB Financing, Sun Infinity, Direct Stock dan lain lain.


Oleh itu, kita haruslah mempunyai ilmu yang mencukupi sebelum membuat sebarang pelaburan. Tindakan yang tepat akan menguntungkan diri kita kelak. Saya berharap anda semua dapat memahami dengan jelas daripada perkongsian saya ini.

SEKIAN, JUMPA LAGI DI POSTING AKAN DATANG.

Rancanglah kewangan anda hari ini juga kerana gagal merancang itu merancang untuk gagal.

Jika anda mahukan pelan hibah, medical card, sun infinity, unit trust, atau PRS, anda boleh Whatsapp saya www.wasap.my/60142123018/nakquotation .

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

014-212 3018

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Twitter

©2021 by Dr Kewangan. Proudly created with Wix.com

bottom of page